Peniaga ditahan hina, tuduh polis ambil rasuah di Facebook - Utusan Malaysia

Peniaga ditahan hina, tuduh polis ambil rasuah di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan seorang peniaga yang memuat naik status yang menghina dan menuduh anggota polis bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Krai dekat sini mengambil rasuah menerusi Facebook mengundang padah apabila ditahan, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dijalankan pada pukul 11 malam di sebuah rumah di Kuala Krai selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 1 tengah hari pada hari yang sama.

Menurutnya, suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan yang ditujukan kepada polis yang bertugas di SJR di Kuala Krai sehingga tular dalam media sosial.

“Pemilik akaun terbabit telah memuat naik status: ‘beringat hok mana uturn depan shell daskoh..ada duk kutip pitis depan pasar raya pantai timur..lacarrr’.

“Polis turut merampas sebuah telefon pintar yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebook dan satu kad sim.

“Sebenarnya, kawasan SJR di Kuala Krai itu kerap berlaku kemalangan kecil dan tempat orang ramai membuat pusingan U,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, sehubungan itu pengguna media sosial perlu berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau jabatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya