Penganggur ‘ajak demo' didenda RM7,000

Penganggur ‘ajak demo’ didenda RM7,000

Muhammad Nur Taufiq (kanan) didenda RM7,000 kerana membuat penghantaran komunikasi bersifat mengancam tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan membuat dan memulakan ciapan Twitter ‘sabtu riot?! TURUN!’, Julai tahun lalu. 

Hakim Nor Hasniah Ab. Razak menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nur Taufiq Azhar, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut dan sekiranya gagal bayar, OKS berdepan penjara enam bulan. 

Menurut pertuduhan, pada 13 Julai 2021, pukul 4.44 petang, Muhammad Nur Taufiq melalui akaun Twitter “Tulangkata @ tul4ng” telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran bersifat mengancam iaitu “sabtu riot?! TURUN!” dengan niat untuk mengganggu orang lain. 

Hantaran itu telah dibaca pada pukul 10.15 pagi keesokkan harinya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di sini.

Muhammad Nur Taufiq didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.

Ketika rayuan, Muhammad Nur Taufiq merayu kepada hakim untuk hukuman terhadap dirinya dikurangkan.

“Saya mengaku saya menulis skrip itu dan saya sedar kesalahan itu. Saya ketika ini menganggur dan harap hukuman dapat dikurangkan,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman yang sesuai dan setimpal kepada OKS dengan mengambil kira beberapa faktor.

“Ciapan yang dimuatnaik oleh OKS adalah bersifat memgancam kerana membuat ajakan ke satu perhimpunan sedangkan negara kita masih dalam proses pemulihan daripada fasa pandemik Covid-19. Setakat 14 Julai 2021, ciapan itu telah mendapat 1,890 ulang ciap dan perhimpunan yang dimaksudkan juga turut berlangsung pada Sabtu, 17 Julai 2021.

“Ciapan itu adalah jelas melanggar kebebasan hak bersuara yang diperuntukan kepada rakyat Malaysia kerana ia membahayakan kesihatan dan nyawa orang lain serta melanggar peraturan-peraturan yang berkuat kuasa ketika itu. 

“Ciapan yang mengajak untuk berhimpun itu juga seolah-olah memperlekeh usaha keras yang dibuat barisan hadapan terutama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika itu berusaha demi menyelamatkan pesakit Covid-19,” katanya. 

Tambah Najihah Farhana, hukuman yang berikan kepada OKS hendaklah berbentuk pengajaran untuk keseluruhan orang awam supaya tidak menyalah guna hak kebebasan bersuara.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya