Pemandu lori ditahan seleweng diesel

Pemandu lori ditahan seleweng diesel

DUA daripada enam tong berisi minyak diesel bersubsidi yang dirampas polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindak-tanduk seorang lelaki yang mencurigakan ketika mengisi minyak ke dalam sebuah lori di sebuah stesen minyak di Ulu Tiram, dekat sini berjaya membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Kegiatan itu disedari anggota kereta peronda (MPV) Bahagian Pecegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam semasa melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 8.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan mendapati terdapat enam tong minyak diesel yang dianggarkan mengandungi 500 liter dalam setiap tong di kawasan berkenaan.

“Polis menahan lelaki berusia 31 tahun itu yang merupakan pemandu lori tersebut dan merampas enam tong tersebut yang semuanya berisi 3,000 liter diesel, lori berkenaan dan dua resit belian minyak berkenaan berjumlah RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau memberitahu, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM66,450.

Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.

“Polis akan terus membanteras dan memastikan kegiatan penyelewengan serta ketirisan diesel yang menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.