Pemain industri tawar diri selesai isu banjir negara

Pemain industri tawar diri selesai isu banjir negara

AMMAR Suhaimi (kiri)  menawarkan diri untuk memberi sumbangan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang semakin kerap melanda di beberapa tempat dalam negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula pelan pengurusan mitigasi banjir dan penambahbaikan sistem saliran utama yang berkesan untuk tebatan banjir.

Sehubungan itu, sebuah syarikat tempatan, Green Area Technology Asia (GAT Asia) tampil menawarkan diri memberi sumbangan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang semakin kerap melanda di beberapa tempat dalam negara.

Pengarah Eksekutifnya, Ammar Suhaimi berkata, hasil kajian pemerhatian yang dijalankan oleh GAT Asia mendapati, pembangunan pesat di bandar-bandar utama menjadi salah satu faktor utama sistem saliran sedia ada tidak mampu menampung limpahan setiap kali berlakunya  hujan lebat. 

Justeru, GAT Asia tampil menawarkan solusi dan kaedah yang menyeluruh serta sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan pusat di peringkat kementerian, hingga pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan isu-isu berkenaan banjir kilat di seluruh negara terutama di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

“Berbekalkan pengalaman, pengetahuan, sumber, kemahiran dan teknologi terkini, GAT Asia sedia memberi sumbangan kepada kerajaan dan bertindak secara kolektif bagi menyelesaikan masalah berkenaan sistem saliran untuk tebatan banjir negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sudah tiba masa yang kerajaan mengkaji semula sistem pengurusan mitigasi banjir serta penambahbaikan sistem saliran utama yang berkesan untuk tebatan banjir terutama di ibu kota yang dilaporkan semakin kerap dilanda banjir muktahir ini. 

Sementara itu, kejadian banjir kilat semakin kerap dilaporkan di sekali gus menimbulkan kerisauan bagi kebanyakan penduduk berisiko.

Terdahulu, hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di bandar raya Johor Bahru, Johor disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Rakaman video oleh orang awam yang dikongsikan di laman media sosial turut memaparkan beberapa jalan utama dinaiki air antaranya Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kolam Air dan Jalan Yahya Awal.

Malah kawasan letak kenderaan di bandar raya itu turut digenangi air banjir antaranya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), parkir awam di Jalan Ayer Molek dan Kampung Baru Mohd Amin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya