Pelajar tingkatan dua dirogol ayah angkat warga asing - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan dua dirogol ayah angkat warga asing

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang remaja mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dijadikan sebagai pemuas nafsu oleh ayah angkatnya yang merupakan lelaki warga asing.

Lebih menyedihkan, dia dirogol bukan sekali, malah kejadian tidak berperikemanusiaan itu sudah berulang beberapa kali sejak awal tahun ini.

Ekoran tidak lagi mampu menanggung beban perasaannya, mangsa berkongsi derita yang dilalui kepada gurunya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu, guru tersebut tampil membuat satu laporan tentang kejadian itu.

Hasil siasatan mendapati kejadian (terbaru) berlaku pada pukul 3 pagi, 31 Julai lalu di sebuah kediaman keluarga angkatnya di Kluang.

“Memang kita ada terima laporan berhubung kejadian rogol ini, polis masih mengesan bapa angkat warga asing yang dipercayai melarikan diri.

“Selepas terima laporan itu, mangsa dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan baharu dan lama pada alat kelamin mangsa,” katanya ditemui selepas menyertai Pertandingan Menembak Polis Johor Bersama Media Johor sempena Hari Polis di Lapang Sasar, Ladang REM, dekat sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai masih berada di Johor dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki lelaki terbabit.

Suspek bernikah dengan wanita tempatan yang juga ibu angkat mangsa, namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.