Pekerja sektor ekonomi gig, pelabur kripto wajar bayar zakat

Pekerja sektor ekonomi gig, pelabur kripto wajar bayar zakat

MOHD. Sabirin Mohd. Sarbini (dua, kanan) bergambar bersama Abdul Aziz Mohd. Yusof yang memegang buku modul bersama Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad pada Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Zakat Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pekerja dalam sektor ekonomi gig serta pelabur-pelabur dalam matawang digital atau kripto yang banyak dipelopori oleh generasi muda beragama Islam wajar menunaikan zakat melalui pendapatan atau keuntungan diperolehi mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini,  LZS turut mendekati golongan berkenaan bagi memberi kefahaman kepada mereka mengenai kewajiban membayar zakat dengan syarat-syarat ditetapkan agama Islam.

“Bagi pekerja ekonomi gig seperti pemandu e-hailing atau p-hailing, kita mendekati golongan ini dalam program khusus dan kita turut memperkenalkan pembayaran zakat melalui pemotongan pendapatan.

“Ini adalah inisiatif awal pihak LZS untuk berdakwah kepada golongan pekerja ekonomi gig untuk menunaikan kewajiban membayar zakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Zakat Selangor yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Tambahnya, LZS turut mengadakan kempen dakwah melalui bengkel-bengkel dengan pemain-pemain industri matawang kripto bagi menerangkan kaedah pengiraan dan pembayaran zakat dengan matawang tersebut.

Dalam pada itu, Mohd.Sabirin memberitahu LZS sedang menyebarluaskan pendidikan zakat dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini dan termasuk di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mewujudkan Modul Pendidikan Zakat Selangor yang diperkenalkan pada Mac lalu,

“Modul Pendidikan Zakat Selangor ini telah digunakan bagi sesi pembelajaran melibatkan 268,412 pelajar sekolah rendah agama dan menengah di bawah seliaan JAIS.

“Ia melibatkan peruntukan wang zakat sebanyak RM284,000 bagi mencetak buku modul untuk kegunaan pelajar 553 buah sekolah rendah, menengah dan KAFA seluruh negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya