Pejuang belum fikir soal calon

Pejuang belum fikir soal calon

MARZUKI YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih belum menetapkan mana-mana ahlinya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebagai parti yang komited memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia khususnya Melayu-Islam, soal calon dalam PRU15 bukanlah perkara utama yang dibincangkan.

Sebaliknya kata beliau, fokus Pejuang adalah membaik pulih mekanisme pelaksanaan bagi melakukan transformasi ke atas institusi, demi memulihkan kerosakan yang ada dalam sistem politik dan tadbir urus negara.

“Belum tentu lagi soal siapa jadi calon di kawasan mana. Kami di Pejuang bukan matlamatnya mahu jadi calon, itu yang kami semua ikrarkan.

“Apa yang kita perjuangkan ialah untuk membebaskan tanah air dari segala kelemahan tadbir urus, amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Itu memerlukan satu mekanisme untuk dilaksanakan,” katanya di sini, semalam.

Diajukan persoalan, sama ada beliau menyimpan hasrat untuk bertanding di kawasan yang dianggap selesa, Marzuki berkata: “Belum terfikir lagi di mana, malah semua dalam Pejuang pun macam itu.”

Pada masa sama, Marzuki berkata beliau tidak akan memendam rasa kecewa jika namanya tidak dicalonkan oleh parti dalam PRU15 akan datang.

“Kita tidak pernah kecewa dalam perjuangan. Kalau asyik mahu kecewa, baik duduk di rumah saja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN