Pasangan suami isteri aktif pecah rumah diberkas

Pasangan suami isteri aktif pecah rumah diberkas

MOHD. Zahir Abdullah (tengah) menunjukkan barangan rampasan kegiatan pecah rumah yang dilakukan pasangan suami isteri dalam sidang akhbar di IPD Machang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG : Kegiatan pecah rumah yang didalangi sepasang suami isteri di sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu dilumpuhkan selepas polis memberkas kedua-dua suspek dalam serbuan di Kampung Jebak, Jalan Machang, Jeram Pasir Puteh, Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.45 petang itu, polis merampas pelbagai barangan hasil kegiatan dilakukan oleh pasangan berusia 30-an itu yang dianggarkan mencecah RM100,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan  Mohd. Zahir Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan terbabit yang berasal dari Kota Bharu aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan terpencil sekitar Kampung Banggol Judah, di sini.

Katanya, mereka menjalankan kegiatan pecah rumah itu antara pukul 1 pagi hingga 3 pagi ketika mangsa sedang nyenyak tidur.

“Suspek masuk ke rumah mangsa melalui ‘sisik angin’ dan kemudian bertindak melarikan beg tangan milik mangsa. Dengan tertangkap pasangan ini, polis menyelesaikan enam kes pecah rumah di daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini hari ini.

Mohd. Zahir berkata, hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dengan jenayah dan narkotik.

Katanya, saringan air kencing yang dilakukan ke atas pasangan itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphitamine.

“Kita sedang mengesan kemungkinan ada individu lain yang terbabit dan setakat ini pasangan terbabit mengaku hanya melakukan kegiatan itu bersendirian. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Pasangan terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya