Noor Azmi mengaku sokong RUU antilompat parti - Utusan Malaysia

Noor Azmi mengaku sokong RUU antilompat parti

NOOR Azmi Ghazali menandatangani papan perasmian Bilik Penyusuan di Aeon Mall Taiping sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengakui beliau antara 209 ahli parlimen yang menyokong Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti yang diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perkara itu sekali gus menafikan dakwaan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak menyokong RUU berkenaan.

“Saya turut mengundi pada persidangan tersebut,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita pada Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak di Aeon Mall Taiping di sini hari ini.

Noor Azmi menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya menyertai Bersatu.

RUU antilompat parti diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen iaitu 209 undi daripada 222 ahli parlimen.

Namun seramai 11 ahli parlimen tidak hadir dalam persidangan pada hari tersebut.

Noor Azmi meninggalkan BN pada Jun 2018 dan menjadi ahli parlimen bebas sebelum menyertai Bersatu pada November tahun sama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

Sejak PRU14, terdapat 39 ahli parlimen yang telah melompat parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.