'Merdeka' kewangan, Inai Republik mahu bantu 100,000 suri rumah 

‘Merdeka’ kewangan, Inai Republic mahu bantu 100,000 suri rumah 

PENGASAS inai patuh syariah di Malaysia, Inai Republic, Syarifah Furaiha mensasarkan 100,000 suri rumah untuk menjadi agen tanpa sebarang modal bagi menjana pendapatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bertepatan dengan konsep ‘memerdekakan kewangan‘, para suri rumah kini boleh menjana pendapatan sendiri sama seperti mereka yang bekerja di luar sana. 

Menurut pengasas inai patuh syariah di Malaysia, Inai Republic, Syarifah Furaiha dan suaminya Ustaz Azam Azhary, pihaknya mensasarkan 100,000 suri rumah menjadi agen bagi produk mereka tanpa mengeluarkan sebarang modal, malah memperoleh keuntungan daripada apa yang diusahakan oleh mereka sendiri. 

“Misi kami adalah untuk memerdekakan kewangan 100,000 suri rumah dan mereka yang terjejas pendapatan kerana misi kita adalah bagi membantu rakyat. 

“Untuk jadi usahawan Inai Republic insya-Allah kita nak bantu secara percuma, berniaga secara percuma, kita memberikan latihan perniagaan, kita memberikan marketing secara percuma dan semua kami uruskan tanpa risiko

“Jadi, suri rumah di luar sana tidak perlu risau sebab walaupun satu inai sahaja, HQ akan uruskan. Jadi anda semua perlu santai sahaja duduk dekat rumah, tunggu sahaja gaji masuk. seolah-olah bekerja tapi tak perlu nak menghadap kesesakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di Taman Koperasi Polis fasa 2, Kuala Lumpur, semalam. 

Inai Republic memfokuskan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semula jadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah.

Berbeza dengan inai-inai lain di pasaran, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dihasilkan dan dibancuh khas dengan ramuan bahan-bahan semulajadi seperti Olive Oil, Lavender Oil, Grapefruit Essential Oil dan banyak lagi, sebagai alternatif pewarna kuku (cutex) yang tidak sah dibawa solat. 

Kesan pemakaian adalah seawal 5 minit sahaja dan mempunyai lebih dari dua warna (pink, maroon dan hitam). 

Mengulas lanjut, Syarifah turut berkata, Inai Republic pada 2020 telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.2 juta, dan RM3.5 juta pada 2021.

“Dan pada tahun ini kita sasarkan RM10 juta keuntungan yang kita harapkan,” ujarnya. 

Tambahnya, perniagaan ini sudah bermula sejak 2019 namun diyakini kerana bahan kandungannya boleh dibawa solat.

“Kami pilih produk ini yang menjadi alternatif kepada pengilap kuku di luar sana tetapi berasaskan sumber yang haram dan tidak boleh dibawa solat. Ia 100 peratus telap air dengan kandungan yang lulus ujian klinikal untuk penjagaan kuku.

“Jadi dengan kelebihan ini, kami yakin produk ini tidak akan mengecewakan usahawan yang berkongsi rezeki dengannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN