Mekanik jatuh motosikal maut selepas diseret kereta 

Mekanik jatuh motosikal maut selepas diseret kereta 

SEORANG mekanik maut selepas diseret sebuah kereta di hadapan sebuah stesen minyak di Tendong, Pasir Mas, Kelantan, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang mekanik yang terjatuh semasa menunggang motosikal maut selepas diseret sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak di Tendong dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, Muhammad Yazid Zakaria, 33, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kereta dipandu lelaki berusia 45 tahun dari arah Wakaf Bharu menghala ke Pasir Mas.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa telah terjatuh lalu memasuki laluan bertentangan.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat pemandu kereta tidak dapat mengelak menyebabkan mangsa telah terseret.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN