MCA terima lebih 25 senarai calon PRU15

MCA terima lebih 25 senarai calon PRU15

HENG SEAI KIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: MCA menerima lebih 25 nama bakal calon yang mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU15).

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, seramai 25 bakal calon dihantar oleh sayap wanita kepada presiden parti itu.

Katanya, sayap Pemuda MCA turut menghantar pencalonan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menjadikan bilangan senarai calon dihantar melebihi 25 orang.

“Sayap wanita MCA sejak dua tahun telah kenal pasti calon-calon berpotensi dan senarai itu dihantar kepada Pusat agar presiden membuat pertimbangn serta tapisan untuk kenal pasti sama ada calon sesuai serta berkemampuan menang,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung sayap wanita MCA negeri di Wisma MCA Perlis, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Seai Kie berkata, sayap wanita MCA terus memperkasa komponen Barisan Nasional (BN) menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) bagi mendapatkan mandat rakyat pada PRU15.

Katanya, JR digunakan sepenuhnya sebagai platform strategik dua hala mendekati pengundi dan mendengar rintihan mereka untuk disuarakan ke peringkat tertinggi.

“Selain itu, selari dengan pengumuman penubuhan sayap Puteri BN, wanita MCA yakin ia salah satu strategi berkesan mendekati golongan pengundi muda nanti.

“Data menunjukkan 51 peratus daripada pengundi berusia 18 tahun ke atas adalah wanita dan saya percaya penubuhan Puteri BN adalah langkah tepat mendekati mereka terutama mereka yang mengundi buat kali pertama,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN