Lesap RM1.8 juta  ditipu scammer

Lesap RM1.8 juta ditipu scammer

Kebocoran data peribadi rakyat Malaysia perlu diberi perhatian serius.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berputih mata selepas wang simpanannya lebih RM1.8 juta lesap akibat terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi kaedah penghantaran barangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pesara lelaki berusia 67 tahun itu yang membuat laporan kelmarin memaklumkan, dia mengenali seorang wanita yang mendakwa warga negara Brazil dan bekerja sebagai doktor di United Kingdom melalui laman sosial Facebook pada Mei lalu.

“Setelah mangsa dan wanita itu berkenalan kira-kira dua minggu, suspek berjanji mengirim barangan dan wang tunai berjumlah RM2.8 juta kepadanya.

“Namun pada 13 Jun lepas, seorang wanita lain yang mengaku sebagai ejen penghantaran barang menghubungi mangsa dan meminta bayaran cas servis penghantaran.

“Mangsa kemudian melakukan 11 transaksi pemindahan wang dalam talian ke dalam beberapa akaun bank diberikan suspek membabitkan nilai keseluruhan lRM1,871,540,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Rupiah berkata, mangsa yang merupakan seorang pesara swasta hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima barang yang dijanjikan dan kedua-dua wanita yang berurusan dengannya sebelum ini gagal dihubungi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN