Lelaki jaket kuning ragut beg tangan wanita ditahan -

Lelaki jaket kuning ragut beg tangan wanita ditahan

TANGKAP layar video yang tular memaparkan kes ragut di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 47 tahun pada pukul 12.33 tengah hari, pada hari yang sama.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.10 pagi ketika mangsa berjalan dengan rakannya di lokasi kejadian sebelum didatangi suspek.

Video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian tersebut tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki sedang menaiki motosikal meragut beg tangan wanita terbabit. 

“Siasatan awal mendapati suspek berpakaian jaket berwarna kuning menaiki sebuah motosikal berwarna jingga telah meragut beg tangan pengadu dan terus melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 1.30 petang, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD JBS telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 27 tahun di sebuah rumah dalam kawasan Taman Molek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan oleh suspek serta barang-barang disyaki hasil ragut, iaitu empat telefon bimbit, beg silang, topi keledar berwarna hitam, baju jaket lengan panjang warna kuning dan sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 berwarna jingga.

Raub berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau (samun dan pecah rumah) dan dua rekod jenayah (samun) yang disenarai hitam (orang dikehendaki).

“Susulan penangkapan suspek ini, telah berjaya menyelesaikan tiga kes ragut yang berlaku di sekitar Johor Bahru.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi talian hotline IPD JBS 07-2182323 atau pegawai penyiasat Inspektor S. Sivakumaran menerusi talian 019-5127410,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya