Lelaki ditemukan mati dikelar, berlumuran darah

Lelaki ditemukan mati dikelar, berlumuran darah di ladang kelapa sawit

KEADAAN mayat seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher dan berlumuran darah di ladang kelapa sawit, Felda Kerteh 6, Dungun, semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher dan berlumuran darah di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6, dekat sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang terbaring itu ditemukan pengurus ladang ketika melalui kawasan tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya, kira-kira pukul 6.50 petang. 

“Dia kemudiannya bertindak menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian, malam tadi. 

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa dan tiada kecederaan lain.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang pengenalan diri yang ditemukan dan selepas siasatan lanjut kita mendapat maklumat mangsa merupakan penduduk tempatan berusia 42 tahun. 

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat secara terperinci mengenai insiden ini termasuk motif kejadian dan kita sedang memburu suspek terlibat,” katanya. 

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN