Lelaki ditahan bawa daun ketum dalam Hyundai Starex

Lelaki ditahan bawa daun ketum dalam Hyundai Starex

TOK BENG YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Polis menahan seorang penghantar lelaki dan merampas 252 kilogram (kg) daun ketum dalam pemeriksaan di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh pasukan Trafik Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 pagi.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Hyundai Starex yang dipandu suspek menjumpai 22 bungkus plastik hitam mengandungi daun disyaki ketum yang dianggarkan bernilai RM2,520. 

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjadi penghantar daun ketum di sekitar daerah Iskandar Puteri. Suspek aktif membuat penghantaran sejak bulan lalu.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya