Laporan pengauditan forensik BNS perlu segera dinyaklasifikasi

Laporan pengauditan forensik BNS perlu segera dinyaklasifikasi

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri berhubung perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang didedahkan semalam, tidak menampilkan laporan pengauditan forensik dan surat teguran bekas Panglima Tentera Laut.

Namun bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama menjelaskan, kesimpulannya semakan dan analisis dokumen serta sejarah urus niaga menunjukkan penyelewengan, penipuan dan salah urus juga melibatkan pegawai kanan yang  mengikut arahan secara buta dan tidak menaikkan red flags dalam perolehan tersebut. 

Katanya, pelanggaran tanggungjawab fidusiari amat jelas di situasi itu dan adalah satu jenayah pecah amanah serta salah laku itu tidak akan terbongkar tanpa siasatan diarahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pengauditan forensik Boustead Naval Shipyard (BNS) dimulakan pada 2019 seperti yang diarahkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan laporan disiapkan pada Julai 2020, selepas tumbangnya mereka. 

“Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, pengurusan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) memilih untuk melakukan pengauditan forensik bagi tahun 2010 ke 2014 sahaja. Walau bagaimanapun, dapatan pengauditan forensik ini juga amat mengejutkan,” kata kenyataan itu hari ini.

LIEW CHIN TONG

Menurut kenyataan itu lagi, melihat kelambatan dalam proses nyahklasifikasi laporan penuh pengauditan forensik, Laporan Prosiding (Hansard) Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) bertarikh 8 Mac 2022 memberi butiran-butiran hasil pengauditan walaupun laporan penuh tidak dilampirkan. 

Antara pendedahan yang penting tersebut adalah terma dan syarat usaha sama BHIC dan Rheinmetall Air Defence AG (RAD) (kedua-dua melalui anak syarikat) untuk menubuhkan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) berat sebelah dan memihak kepada pihak RAD sehingga menjejaskan kepentingan BHIC. 

“Bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Ramli Nor yang merupakan Pengarah Urusan BHIC pada masa itu dan Anuar Murad sebagai Pengarah Program LCS keluarkan LOA dan VO tanpa mengambil kira pandangan dan cadangan pasukan teknikal dan komersial, tanpa berunding dengan LSC Steering Committee dan tidak sesekali pun melindungi kepentingan BHIC,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN