Lapan lelaki dituduh bergaduh di depan kedai makan

Lapan lelaki dituduh bergaduh di depan kedai makan

LAPAN lelaki yang bergaduh di hadapan sebuah kedai makan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Kuala Ibai di sini, hujung bulan lalu.

Lima tertuduh iaitu Lee Soon Li, 24; Muhammad Adam Mikhail, 27; Peter Gumbang a/l Sigai, 25, Harith Iskandar Rosdi, 26, dan Sia Wei Jun, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Tiga lagi tertuduh iaitu Nurul Shahrizal Mohd., 41; Mohd. Kazman Ishak, 36; dan Mohd. Saddam Ishak, 31, pula tidak mengaku bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan gaduh gempur di hadapan sebuah restoran di Kuala Ibai pada pukul 8.15 malam, 28 Julai lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda  maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Mazrinie membenarkan kesemua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan wang jaminan RM1,800 dan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan sebutan semula kes pada 4 September ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Mohd. Ridhuan Mohina Din.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 23 saat  yang memaparkan pergaduhan di restoran berkenaan tular dalam media sosial. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din dilaporkan berkata, pergaduhan dua kumpulan berkenaan dipercayai berlaku selepas  perselisihan faham berhubung tempat letak kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya