Sebut sahaja laksa pasti tergambar hidangan lazat beraneka bahan di dalam satu mangkuk. Laksa antara sajian yang sering menjadi kegemaran masyarakat majmuk di Malaysia. Malah, pelbagai jenis hidangan laksa tersedia mengikut negeri di Malaysia yang sentiasa menggamit selera penggemarnya. Resipi laksa utara ilham Nurul Huda Mohamed Isa ini boleh dijadikan sajian seisi keluarga.
Bahan A ( Kuah)
Ikan kembung atau ikan sardin – 1 kilogram (kg)
Daun kesum – segenggam
Bunga Kantan – 3 kuntum
Asam keping – 5 keping
Cili kering (15-20 tangkai)
Bawang merah (6-8biji)
Garam & gula – secukup rasa
Bahan B
Laksa kering atau laksa basah
Bawang besar*
Cili api*
Salad*
Timun*
Limau kasturi – potong 2
Daun Pudina ( sekiranya suka)*
Telur rebus – belah dua2 (boleh juga guna telur sarang)
Bahan bertanda
Racik halus sebagai bahan hiasan di atas laksa.
Laksa kering – rendam dulu bagi mempercepatkan proses rebusan.
Laksa basah – rebus dalam 5 minit sahaja.
1. Rebus ikan kemudian asingkan tulang dan isi.
2. Kisar isi ikan dahulu manakala tulang ikan dikisar asing dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk (Air rebusan ikan digunakan semasa proses mengisar).
3. Masukkan isi ikan dan tulang ikan yang dikisar di dalam periuk ke dalam air rebusan ikan.
4. Masukkan bawang yang dikisar bersama cili kisar.
5. Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
6. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
7. Masukkan garam dan gula sesuaikan ikut rasa dan kepekatan kuahnya.
Siap untuk dihidang, selamat mencuba!










