Lafif Bandi,  anak sujud syukur 

Lafif Bandi,  anak sujud syukur 

ABDUL Latiff Bandi (tengah) bersama Ahmad Fauzan Hatim (dua dari kanan, belakang) dan  Amir Sahriffuddin Abd. Raub (dua dari kiri) bersama barisan peguamnya selepas  dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Exco Johor, Datuk Abd. Latif Bandi, 56, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 30, bersujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas mereka dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 49, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah serta penggubahan wang haram, hari ini.

Abd. Latif turut memeluk isterinya, Datin Nor Karmila Md. Nor di luar mahkamah yang kelihatan sebak bercampur gembira apabila mendengar keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Seksyen, Kamarudin Kamsun.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta barisan peguam yang sentiasa bersama-sama saya.

“Saya berdoa mudah-mudahan Allah SWT lepaskan saya daripada ujian ini. Selepas ini saya akan lebih banyak meluangkan masa bersama-sama keluarga,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen, di sini.

Terdahulu, Abd. Latif tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru berpakaian baju batik bersama-sama keluarga disambut rakan-rakannya pada pukul 8.40 pagi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau itu mengakui amat lega dengan keputusan tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Abd. Latif dan Ahmad Fauzan Hatim diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, Datuk Hasnal Rezua Merican, Siti Sarah Khalil, Zulaikha Aini Mohamed Khoir Johari, Rahim Alin dan Muzzamil Merican.

Sementara itu, Salehuddin berkata, pihaknya akan terus berada di belakang Abd. Latif dan anaknya serta Amir Shariffuddin sehingga kes itu selesai.

“Sama ada pihak pendakwaan nak membuat rayuan atau tidak, itu adalah perkara biasa. Mana-mana pihak yang kalah akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.