Kolej INSTEDT rai 287 graduan

Kolej INSTEDT rai 287 graduan

KOLEJ INSTEDT melahirkan graduan yang kompetitif dan menjadi pilihan majikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Penantian dua tahun seramai 287 penuntut Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) untuk diraikan dalam majlis konvokesyen tercapai dengan berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Ke-15 kolej berkenaan di Lotus Desaru Beach & Resort, semalam.

Kesemua graduan dari tahun 2020 dan 2021 itu diraikan dalam majlis istiadat yang sepatutnya berlangsung sebelum ini ditunda akibat pandemik Covid-19.

Pada majlis itu, seramai 33 penuntut 2020 menerima Anugerah Graduan Cemerlang, manakala 42 penuntut bagi 2021 menerima anugerah sama dalam pelbagai bidang.

MD. ISMAIL AHMAD KHAN

Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej INSTEDT, Mejar Jeneral (B) Datuk Md. Ismail Ahmad Khan mengucapkan tahniah kepada semua graduan kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang walaupun telah berlalu dua tahun lepas disebabkan masalah-masalah yang melanda negara yang tidak dapat dielakkan.

“Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita panjatkan dengan izin Allah SWT, pada kali ini kita dapat menyaksikan kejayaan graduan INSTEDT pada Majlis Konvokesyen Ke-15 yang dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang dikehendaki dalam suasana baharu endemik ini.

“Momen indah yang sepatutnya diraikan pada tahun 2020 dan 2021 terpaksa ditunda pada tahun 2022. Majlis ini merupakan satu detik kebanggaan kepada graduan INSTEDT serta ibu bapa mereka setelah melalui proses pembelajaran dan pengorbanan sepanjang pengajian di INSTEDT.

“Majlis Konvokesyen INSTEDT Ke-15 ini menyaksikan seramai 287 graduan telah berjaya dilahirkan. Mereka ini antara alumni INSTEDT yang menyumbang bakti sebagai duta kecil INSTEDT dalam pelbagai sektor, sama ada awam mahupun swasta serta di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, kejayaan para graduan tersebut membuktikan bahawa INSTEDT sentiasa memastikan tanggungjawabnya dalam arena pendidikan tinggi adalah selari dengan Dasar Pendidikan Negara dan sentiasa berusaha melahirkan ramai graduan yang professional, terbaik dan marketable.

Beliau berkata, meskipun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang usaha itu, dengan semangat yang jitu, sokongan dan sinergi daripada setiap ahli masyarakat di sekeliling, impian dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Ingin saya berpesan kepada semua graduan bahawa dalam era yang penuh mencabar ini, para graduan perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan mempunyai elemen-elemen ‘soft skills’ serta ‘multi tasking’ sebagai modal berharga untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan selain menghadapi perubahan pada hari-hari mendatang dalam kehidupan.

“Kepada semua graduan, hari penganugerahan ini pasti akan dikenang selama-lamanya, tetapi janganlah ia sekadar dikenang. Jadikan ia satu faktor untuk memberi sumbangan sebanyaknya kepada agama, keluarga, bangsa dan tanah air.

“Saya mendoakan warga INSTEDT serta para graduan yang diraikan memiliki komitmen yang tinggi dalam usaha mendukung aspirasi negara dalam melahirkan dan menjadi pewaris yang akan menerajui kepimpinan negara dan seterusnya dapat memperkasakan dan mengharumkan nama INSTEDT di peringkat global,” katanya. – UTUSAN

INFOGRAFIK:

Program diploma yang ditawarkan Kolej INSTEDT

1. Kejururawatan
2. Kesetiausahaan Kesihatan
3. Pengurusan Kecantikan
4. Pengurusan dan Teknologi Pejabat
5. Pengajian Sukan
6. Teknologi Maklumat
7. Grafik Media Digital
8. Pengurusan Perhotelan
9. Pengurusan Pelancongan
10. Seni Kulinari
11. Pengajian Islam
12. Pengurusan Industri Halal
13. Pengurusan Perniagaan
14. Perakaunan
15. Kesetiausahaan Undang-Undang

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.