Kes dera kanak-kanak autisme: Polis tunggu arahan pejabat DPP

Kes dera kanak-kanak autisme: Polis tunggu arahan pejabat DPP

KAMARUL Zaman Mamat melepaskan tembakan sambil diperhatikan Presiden Kelab Gabungan Media Malaysia merangkap Presiden Media Johor, Fauzi Ishak (dua dari kanan)  sempena Pertandingan Menembak Polis Johor Bersama Media Johor di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kertas siasatan kes seorang kanak-kanak autisme yang disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai, Johor Bahru telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan kes itu selesai selepas pihaknya menerima laporan daripada pakar perubatan awam tentang kecederaan kanak-kanak berusia enam tahun itu bagi mengesahkan sama ada akibat didera atau faktor lain.

“Kita sudah merujuk kertas siasatan kes itu untuk mendapatkan arahan dan nasihat lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ditemui selepas menghadiri Pertandingan Menembak Polis Johor Bersama Media Johor sempena Peringatan Hari Polis di Ladang REM, dekat sini hari ini.

Pada 30 Julai lalu, seorang ibu meluahkan kekesalan apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera di sebuah pusat terapi, sejak awal tahun ini.

Nik Huzaiwati Husin, 33, menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis ‘mild autism’ untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.

Dia mendakwa anaknya yang mesra dipanggil Abrisam sudah beberapa kali cedera, tetapi setiap kali meminta penjelasan daripada pihak terapi, dia dimaklumkan kecederaan itu disebabkan aktiviti terapi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya