Kerajaan Kelantan kesal insiden perbalahan penyokong

Kerajaan Kelantan kesal insiden perbalahan penyokong

ZURAIDIN Abdullah (tengah) meluangkan masa beramah mesra dengan barisan pemain-pemain Kelantan Warriors yang akan berlepas ke Melaka untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali di Kota Bharu, Kelantan semalam. - FOTO/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meluahkan rasa kesal dengan aksi-aksi provokasi yang dianggap melampau semasa pertemuan antara pasukan Kelantan FC dengan Perak FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Isnin sehingga tular di laman-laman sosial.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, tindakan kurang bermoral serta provokasi berlebihan tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah perlawanan bola sepak atau mana-mana disiplin sukan kerana ia bertentanggan dengan prinsip sebenar sukan.

“Terdapat video-video tular yang menunjukkan sekelompok penyokong melakukan aksi-aksi melampau seperti buang air kecil di padang, tayang bahagian sulit dan tunjuk isyarat lucah kepada penyokong lawan.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana sukan dan mereka yang tebabit mesti diambil tindakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam dan Pengenalan Pemain Kejohanan Piala Tun Ali Melaka di Hotel Jewels, di sini semalam.

Zuraidin memberitahu, kerajaan berharap insiden kekecohan itu dapat di sini baru-baru ditangani dengan sebaik mungkin oleh kedua-dua belah pihak.

Katanya, sukar bagi mereka yang tidak berada di stadium pada ketika itu untuk menyalahkan mana-mana pihak namun ia tetap perlu ditangani dengan sebaik mungkin oleh pihak terlibat.

“Kerajaan negeri telah banyak kali memberikan nasihat berkenaan perkara-perkara seumpama ini dan menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk mengawal aspek keselamatan serta penyokong sepanjang perlawanan.

“Saya akui agak mustahil untuk dilaksanakan kawalan keselamatan 100 peratus tetapi pihak kelab perlu ambil langkah seperti menasihati penyokong dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zuraidin menjelaskan faktor keselamatan di stadium merupakan antara salah satu sebab kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membaik pulih stadium.

“Pagar-pagar di stadium berkenaan sudah terlalu usang dan perlu diganti baru. Dengan aspek keselamatan dipertingkatkan, mungkin kita dapat menangani situasi sebegitu dengan lebih baik.

“Kerana itu kerajaan negeri minta peruntukan untuk baik pulih stadium baru-baru ini selain untuk baik pulih sistem pendawaian, struktur bangunan dan penggantian lampu limpah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya