Kelantan 'pujuk' Orang Asli kerja ladang

Kelantan ‘pujuk’ Orang Asli kerja ladang

TUAN Mohd. Saripudin Tuan Ismail (tiga dari kiri) ketika menuai isi keledek di TKPM Telong, Bachok, Kelantan, semalam. -  UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri sedang berusaha ‘memujuk’ masyarakat Orang Asli supaya bekerja di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lojing, Gua Musang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, keutamaan kepada masyarakat Orang Asli dibuat kerana mereka tinggal berdekatan dengan lokasi tersebut.

Katanya, Orang Asli yang terlibat diberi kursus dan latihan pengurusan ladang bagi menampung keperluan tenaga kerja di TKPM Lojing.

“Tujuan utama kita adalah mengurangkan kebergantungan tenaga buruh asing yang sebelum ini bekerja  di TKPM Lojing. Selain itu, kita membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk berkidmat di TKPM Lojing,” katanya kepada pemberita selepas melawat TKPM Telong, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising itu memberitahu, setakat ini terdapat tiga TKPM yang membekalkan pelbagai sayuran bagi keperluan sekuriti makanan kepada negeri ini iaitu TKPM Lojing Batang Merbau (Tanah Merah) dan TKPM Telong (Bachok).

Katanya, kerajaan sedang merancang membuka satu lagi TKPM di Lojing dan menunggu proses kelulusan daripada pihak berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya