Kastam Johor rampas rokok seludup RM9.45 juta, terbesar tahun ini

Kastam Johor rampas rokok seludup RM9.45 juta, terbesar tahun ini

SAZALI MOHAMAD (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rampasan rokok terbesar direkodkan Kastam Johor dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kastam Johor, di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM9.45 juta, yang terbesar pada tahun ini dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Kulai, 23 Julai lalu.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya merampas lebih lapan juta batang rokok.

“Dalam operasi berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Johor Bahru menyerbu premis terbabit. Namun ketika serbuan dibuat, tiada suspek berada di premis.

“Siasatan mendapati sejumlah rokok seludup disembunyikan dalam bungkusan yang ditutup rapi dengan kain kanvas.

“Nilai rokok yang dirampas adalah RM3.8 juta, manakala nilai duti dan cukai terlibat dianggarkan RM5.7 juta, menjadikan nilai keseluruhan rampasan adalah RM9.45 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kastam Johor, di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi yang digunakan sindiket  adalah membawa masuk rokok-rokok seludup ke dalam negara melalui jalan laut dan disimpan di dalam gudang berkenaan sebelum diedarkan ke dalam pasaran tempatan.

 Kata beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti pemilik gudang tersebut.

“Kesemua rokok ini dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum dijual di bawah harga pasaran untuk menarik pembeli dalam kalangan perokok tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya sambil menggesa orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu mengekang aktiviti penyeludupan kontraban, khususnya di negeri ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya