Kadi direman 4 hari disyaki buat tuntutan palsu

Kadi direman 4 hari disyaki buat tuntutan palsu

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ditahan reman empat hari kerana dipercayai mengemukakan satu tuntutan palsu pada 2020.

Perintah reman terhadap kadi daerah itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun itu ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu ke Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri.

Tertuduh dikatakan membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 8.30 pagi dengan berpakaian lokap sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya