Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas ke 600 DUN 

Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas ke 600 DUN 

PROGRAM Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diperluas ke semua 600 DUN seluruh negara dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 15 Ogos sehingga 31 Disember depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diperluas ke semua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 15 Ogos sehingga 31 Disember depan. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi satu kenyataan berkata, JMKM dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta dengan setiap kawasan DUN akan diberikan agihan secara sama rata iaitu RM25,000 sebulan untuk setiap pelaksanaan program tersebut. 

Menurut KPDNHEP, JMKM dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap DUN. 

“Peruntukan ini digunakan untuk memberi harga diskaun kepada barangan keperluan terpilih seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan sayur-sayuran serta buah-buahan. 

“Selain daripada barangan keperluan harian tersebut, premis juga sangat digalakkan untuk memberi diskaun sehingga 20 peratus harga pasaran setempat,” katanya. 

Jelasnya, pelaksanaan itu dilihat sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu ahli Keluarga Malaysia meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Katanya lagi, KPDNHEP akan melaksanakan JMKM di tiga negeri iaitu Sarawak, Terengganu dan Johor merangkumi 170 DUN bermula hari ini. 

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi terkini pelaksanaan JMKM di lokasi terpilih melalui laman Facebook rasmi Jualan Murah Keluarga Malaysia atau laman rasmi kementerian dan KPDNHEP negeri terbabit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya