Isu iPay88 dibawa ke dalam Kabinet

Isu iPay88 dibawa ke dalam Kabinet

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) diriingi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kiri) hadir melawat Pameran MAHA 2022 di MAEPS, Serdang, hari ini. - FOTO/IHSAN RAKAN MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Isu berkenaan pencerobohan data peribadi pengguna perkhidmatan daripada iPay88 (M) Sdn. Bhd. (iPay88) akan dibawa kepada dalam mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius terhadap isu berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan akan membawa iPay88 ke dalam mesyuarat Kabinet bagi membincangkan tentang beberapa cadangan seperti penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat insiden tersebut.

“Disebabkan ada beberapa untuk menubuhkan RCI dan macam-macam lagi, kita akan bawa kepada Kabinet. Sebab perkara itu adalah perkara yang besar,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan di Pavilion Pahang, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di sini.

Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Dalam kenyataan, iPay88 dilaporkan berkata, sejak 31 Mei lalu, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu berkenaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak lain yang berkaitan berhubung pelanggaran keselamatan itu.

Sehubungan itu, Utusan Malaysia melaporkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah mengadakan pertemuan dengan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian iPay88 (M) Sdn. Bhd. bagi membincangkan isu berkaitan pencerobohan data peribadi pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN