PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan, Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekeliling (EIA) yang diluluskan bagi projek pembangunan di Gunung Inas di Baling, Kedah adalah untuk projek perladangan hutan. Projek berdekatan dengan kawasan terlibat bencana itu mempunyai kelulusan Laporan EIA pada 25 Julai 2013 iaitu Projek Pembangunan Hutan Ladang Di Hutan Simpan Gunung Inas Mukim Bakai, Kupang dan Pulai, Daerah Baling, Kedah Darul Aman. Bagaimanapun, projek itu didapati melanggar syarat…










