Grab Malaysia nafi potong bayaran penghantar makanan - Utusan Malaysia

Grab Malaysia nafi potong bayaran penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab Malaysia (Grab) menafikan dakwaan kumpulan penghantar makanan yang mengatakan syarikat tersebut mengurangkan upah perjalanan mereka sebagai tidak benar, malah hanya menyebabkan kes terpencil.

Menerusi kenyaaan mereka pada Khamis lalu, Grab memaklumkan isu itu timbul disebabkan salah faham dalam kalangan rakan penghantar mereka dan sudah pun diperjelaskan oleh syarikat dan penghantar makanan terlibat.

“Kebimbangan baru-baru ini yang ditimbulkan oleh rakan kongsi penghantaran adalah disebabkan oleh gangguan dalam sistem kami, di mana dia mendapati terdapat percanggahan dalam pendapatannya.

“Kami telah membetulkan isu itu, dan telah memindahkan baki itu kepada semua rakan kongsi yang terjejas, dan menjelaskannya melalui saluran komunikasi rasmi kami pada 21 Julai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, kumpulan penghantar makanan bagi beberapa syarikat penghantaran makanan dalam negara dijangka melancarkan mogok untuk untuk hari ini selama 24 jam bermula tengah malam tadi.

Malah, berdasarkan notis pemberitahuan yang tular, kumpulan tersebut akan berkumpul di lebih 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang ini, sebelum mereka mula menunggang bersama ke ibu pejabat syarikat penghantaran di Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum kepada syarikat itu.

Syarikat penghantaran itu menegaskan, pihak mereka sentiasa komited dalam menyokong rakan penghantaran mereka dengan memperkenalkan pelbagai insentif untuk kebajikan dan keselamatan kumpulan tersebut.

“Grab telah memperkenalkan pelbagai usaha termasuk perlindungan kemalangan peribadi percuma dan kerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memudahkan caruman, serta insentif tambahan sehingga 10 peratus bagi yang berkenaan.

“Kami juga membantu rakan kongsi kami untuk menjimatkan perbelanjaan operasi mereka seperti diskaun petrol, penyelenggaraan kenderaan, keperluan harian dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya