Golongan belia antara paling ramai bayar zakat dengan MAIK

Golongan belia antara paling ramai bayar zakat dengan MAIK

TENGKU Muhammad Rizam Tengku Aziz berucap semasa majlis sidang media laporan khas terimaan dan belanjaan, Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Golongan belia antara kumpulan yang paling ramai membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan 33 peratus atau 20,603 daripada jumlah keseluruhan yang berbuat demikian.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, rata-rata golongan itu yang berbuat demikian berusia antara 31 hingga 40 tahun.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu MAIK merekodkan terimaan zakat sebanyak RM117 juta, berbanding tahun lepas RM91 juta.

“Ia juga menjadi isyarat bahawa generasi muda mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menunaikan sebahagian Rukun Islam ini.

“Oleh itu kita harap pada tahun akan datang lebih ramai lagi golongan tersebut yang menyunbangkan zakat dalam membantu golongan memerlukan,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Maik bagi Januari hingga Jun 2022 di sini hari ini.

Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memberitahu, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini MAIK telah membelanjakan zakat sebanyak RM95,277,429 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, berdasarkan rekod perbelanjaan wang zakat meningkat sebanyak 14 peratus (RM95,277, 429) berdanding tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama iaitu sebanyak RM83,493,072 pada 2021.

“Perbelanjaan terima zakat terbesar adalah zakat pendapatan berjumlah RM62,250,791, zakat perniagaan (RM22,785,817), zakat wang simpanan (RM13,881,908), zakat fitrah (RM10,053,644) dan lain-lain zakat berjumlah RM8,706,776.

“Selain itu, Maahad Tahfiz Al-Quran Maik telah membelanjakan sejumlah RM262,786 bagi menampung kos untuk melahirkan bakal  huffaz,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya