Dua laporan kes buli di MRSM Kuantan

Dua laporan kes buli di MRSM Kuantan

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menerima dua laporan berhubung kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata,  laporan tersebut dibuat ibu kepada pelajar terbabit dan warden sekolah berkenaan.

“Kita sedang menyiasat setiap sudut kes ini berdasarkan laporan dibuat. Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular dalam laman sosial Facebook, pemilik akaun Nazrah Mohamed yang mendakwa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan sekolah itu berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Dalam hantarannya tersebut, ibu mangsa mendakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gangsterisme di sekolah itu.

Perkongsian berkaitan baju sekolah anaknya yang diconteng dan rambut digunting ketika sedang tidur mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen sehingga 22,000 perkongsian dan 10,000 komen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya