Dua kanak-kanak dipercayai hilang di Sungai Triang

Dua kanak-kanak dipercayai hilang di Sungai Triang

OPERASI mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang di Sungai Triang di Bera, Pahang giat dilakukan oleh anggota keselamatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Dua kanak-kanak berusia belasan tahun dipercayai hilang di Sungai Triang dekat Kampung Kerayong, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Bera, Kapten (PA) Ahmad Azmi Hanifah berkata, pihaknya menerima makluman dari Balai Polis Triang pada pukul 4.45 petang.

Menurutnya, berdasarkan makluman awal, mangsa dipercayai mandi di kawasan berpasir di sungai itu.

“Dipercayai seorang daripadanya dihanyutkan arus dan seorang lagi rakan cuba menyelamatkanya. Bagaimanapun, kedua-duanya dipercayai hilang akibat arus deras,” katanya. 

Sehingga pukul 6.30 petang,ini, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan  oleh anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya