IPOH: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya mempersoalkan tindakan beliau sendiri yang membuat petisyen memohon pengampunan diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Dr. Mahathir sepatutnya lebih mengetahui bahawa tindakannya itu telah mengecewakan rakyat. Menurutnya, ketika Anwar menerima pengampunan diraja, Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika itu. “Bukankah Tun Mahathir individu yang bertanggungjawab…