Demi wang lebih, pemuda sanggup buat 'part time' edar arak seludup

Demi wang lebih, pemuda sanggup buat ‘part time’ edar arak seludup

SAZALI MOHAMAD (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rampasan rokok dan arak dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kastam Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang pemuda berusia 26 tahun mencari wang lebih dengan membuat kerja-kerja mengedar arak seludup membawa padah apabila dia ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pada 22 Julai lalu.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah Toyota Estima yang dipenuhi dengan 3,840 tin arak dipercayai diseludup.

Katanya, suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru di bawah Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 pada 27 Julai lalu dan sedang menunggu perbicaraan.

“Dalam kejadian tersebut, pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai JKDM Johor memeriksa kenderaan dipandu suspek di tepi jalan Kilometer 2.7, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar, Iskandar Puteri, dekat sini pada pukul 6.45 pagi.

“Pemeriksaan rapi mendapati sebanyak 3,840 tin bersamaan 1,790 liter arak seludup disimpan di tempat duduk penumpang depan dan tempat duduk belakang.

“Arak yang dirampas bernilai RM10,700, manakala jumlah duti dan cukai terlibat sebanyak RM37,300. Nilai rampasan keseluruhan berserta kenderaan adalah RM88,100,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kastam Johor, di sini hari ini.

Suspek mengaku bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai aksesori kenderaan dan melakukan kerja-kerja mengedar arak seludup secara sambilan sejak dua bulan lalu.

“Modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk arak sebelum diedarkan ke dalam pasaran tempatan menggunakan kenderaan peribadi mengikut permintaan. Pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu bagaimanapun mendapati ia menggunakan nombor palsu kerana pemilik sebenar adalah individu lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya