Covid-19: Kes positif melebih 3,000; KL negeri tertinggi

Covid-19: Kes positif melebih 3,000; KL negeri tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,083 kes berbanding kelmarin, 2,863 kes sekali gus diatasi 4,229 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 773 kes diikuti Selangor (605), Sabah (285), Perak (248), Negeri Sembilan (240), Kedah (160), Melaka (130), Sarawak (122) dan Pinang Pinang (117).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Johor (96), Kelantan (80), Putrajaya (83), Terengganu (65), Pahang (59) manakala Perlis dan Labuan masing-masing 10 kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 550 orang berbanding kelmarin, 507 orang selain kes rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 62 kes dan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Kota Gopeng 4 di Kampar, Perak dengan 11 kes sekali gus menjadikan sebanyak 24 kluster masih aktif dengan keseluruhan 7,048 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes (kumulatif (36,044 kes, manakala, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,659 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya