Covid-19: Kes positif hampir 5,000; Selangor, KL catat lebih 1,000

Covid-19: Kes positif hampir 5,000; Selangor, KL catat lebih 1,000

Malaysia rekod peningkatan kes positif Covid-19 dengan 4,896 kes berbanding kelmarin, 3,083 kes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,896 kes berbanding kelmarin, 3,083 kes sekali gus mengatasi 2,979 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,842 kes diikuti Kuala Lumpur (1,046), Perak (374), Sabah (369), Negeri Sembilan (253), Pinang Pinang (169), Melaka (148), Kedah (144) dan Johor (120). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kelantan (99), Sarawak (89), Putrajaya (83), Pahang (80), Terengganu (37), Labuan 27 dan Perlis (16). 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 580 orang berbanding kelmarin, 550 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 68 kes berbanding jumlah kelmarin, 62 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 37 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiga kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 26 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,051 kluster.

Tiga kluster iaitu Kluster Merbau Kudung melibatkan kategori kumpulan berisiko tinggi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dengan 18 kes serta Kluster Taman Bukit Pantai 3 melibatkan kategori pendidikan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan 23 kes dan Kluster Jalan Sultan Yahya Petra melibatkan kategori tempat kerja di Titiwangsa, Cheras, Kuala Lumpur dengan 12 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 12 kes bersamaan jumlah kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,056 kes. 

Manakala, enam kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,665 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya