Ceroboh data: Kerajaan jumpa iPay88 - Utusan Malaysia

Ceroboh data: Kerajaan jumpa iPay88

ANNUAR Musa (kiri) beramah mesra bersama kakitangan di sebuah premis menjual minuman ketika mengadakan Walkabout di sekitar Kok Lanas, Kelantan hari ini./FOTO: ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengadakan pertemuan dengan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian iPay88 (M) Sdn. Bhd bagi membincangkan isu berkaitan pencerobohan data peribadi pengguna.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pertemuan awal pagi tadi itu turut disertai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia (CSM) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Menurut beliau, mengikut maklumat vendor yang mengendalikan perkhidmatan itu dari Singapura iaitu SISA telah mengenal pasti ancaman tersebut yang menggunakan ‘Cobalt Strike’.

“Kes ini masih dalam siasatan oleh SISA. Untuk makluman SISA juga membantu siasatan secara forensik dan pelayan (server) yang terlibat dengan serangan itu sudah dikeluarkan dari talian (offline) bagi tujuan siasatan lanjut.

“Siasatan oleh SISA masih dalam tindakan dan segala hasil siasatan akan di maklumkan kepada JPDP dan CSM oleh ipay88,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Walkabout di sekitar Kok Lanas di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Dalam kenyataan, iPay88 dilaporkan berkata sejak 31 Mei lalu, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu berkenaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan siasatan sedang dijalankan dan mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak lain yang berkaitan berhubung pelanggaran keselamatan itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.