Campak tiga anak dari MRR2: Dua anak mati, bapa bunuh diri - Utusan Malaysia

Campak tiga anak dari MRR2: Dua anak mati, bapa bunuh diri

Polis memeriksa mayat tiga mangsa yang mati di MRR2 berhampiran Kepong hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga asing dipercayai Myanmar disyaki membuang tiga anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terbunuh manakala seorang cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun itu kemudian bunuh diri dengan terjun dari lokasi sama di MRR2.

“Salah seorang anak mangsa membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun manakala  dua lagi kanak-kanak lelaki belum diketahui.

“Maklumat setakat ini polis mengesyaki lelaki yang membunuh diri itu adalah bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak malang itu,” kata beliau.

Menurut beliau, kejadian itu diterima daripada seorang saksi. Ketika polis tiba, lelaki itu dan tiga kanak-kanak itu ditemui terbaring di tepi jalan berhampiran lampu isyarat Desa Jaya,” kata beliau.

Kata Eng Lai, tiga beranak itu  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang daripada kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan parah dan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang. 

Beliau berkata, mayat kesemua mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. 

Sehubungan itu, kata beliau, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Baldev Singh di talian 012-4806062 untuk membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya