Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh

SM FAISAL SM NASIMUDDIN hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk dibicarakan atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menangguhkan sehingga 8 September ini perbicaraan kes ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa mencederaan bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Majistret Nadia Othman menangguhkan perbicaraan dan menetapkan tarikh-tarikh pada 12 dan 14 September sementara prosiding pada Oktober ditetapkan pada 14 dan 26 serta 17 serta 18 November ini.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memberitahu wakil media di luar mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh baharu perbicaraan ditetapkan selama tujuh hari.

Menurut beliau, prosiding hari ini yang dijadualkan untuk sambung bicara, ditangguhkan ke tarikh lain berikutan majistret yang mendengar kes itu mempunyai hal kecemasan.

Ujarnya, pada tarikh berkenaan, seorang saksi remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga anak kepada SM Faisal dan Emilia akan memberi keterangan dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.

SM Faisal, 43, berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang pada 22 November 2015.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya