PETALING JAYA: Kedutaan Jepun mengumumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) iaitu Program Kepemimpinan Muda (YLP) 2023 dibuka sehingga 21 Oktober 2022.
Ia terbuka kepada semua warga Negara Malaysia lepasan ijazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana adalah dijemput untuk memohon biasiswa ini. Dalam tempoh tersebut, elaun yang akan diberikan adalah 242,000 yen (tertakluk pada perubahan).
Segala perbelanjaan yuran peperiksaan, matrikulasi dan yuran bulanan akan dikecualikan, dan juga tiket penerbangan pergi dan balik turut disediakan.
Tempoh bagi kursus ini adalah setahun (1) dari Oktober 2023 sehingga September 2024 (kecuali bagi kursus Pengurusan Perniagaan yang bermula dari Oktober 2023 sehingga Ogos 2024).
Semua kursus ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Terdapat lima (5) kursus di bawah Young Leaders’ Program : –
- Kursus Pengurusan Perniagaan (Sarjana Pengurusan Perniagaan) di Hitotsubashi University
- Kursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu University
- Kursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di National
Graduate Institute for Foreign Policy (GRIPS) - Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan
Awam) di National Graduate Institute for Foreign Policy (GRIPS) - Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana Pengurusan Kesihatan) di Nagoya University
Syarat-syarat Permohonan: –
- Warganegara Malaysia berkelulusan ijazah dengan kepujian.
- Bagi Kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon mestilah:-
(a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb September 2023;
(b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL-iBT 100/ TOEFL-PBT
600/TOEFL-CBT 250/ IELTS 7.0 atau yang setaraf) dan memperolehi keputusan GMAT/GRE; dan
(c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun. - Bagi 4 kursus lain, pemohon mestilah:-
(a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb Oktober 2023;
(b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atau yang setaraf); dan
(c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun di sektor kerajaan (bagi Kursus Kerajaan dan Kerajaan Tempatan); sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman bekerja atau
mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia (bagi Kursus Perundangan); sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di Kementerian Kesihatan
Malaysia (bagi Kursus Pengurusan Kesihatan)
Permohonan boleh dibuat melalui pihak yang di sahkan oleh Kedutaan; bagi Kursus Pengurusan Perniagaan sila hubungi, Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia di nombor tel. 03-62049811 atau [email protected] (Ms. Annie William), bagi kursus pengurusan kesihatan, permohonan boleh dibuat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di nombor tel. 03- 8883 1106 atau emailkan ke [email protected] (Dr. Baizura).
Permohonan bagi tiga kursus lain, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di nombor tel. 03-88853569/03-88853438 atau emel [email protected] (Puan Shafiqa).
Bagi kursus Perundangan, pemohonan bagi pegawai bukan kerajaan juga boleh dibuat melalui Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di nombor tel. 03-61964226 atau emelkan ke [email protected] (Prof. Madya Dr. Ramizah Wan Muhammad).
Untuk maklumat lanjut sila hubungi bahagian Perkhidmatan Jepun, Kedutaan Jepun di nombor tel. 03-2177 2600 sambungan 146 atau layari https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/youngleaders.html.- UTUSAN