Ainul semakin baik, tidak lagi kritikal - Ibu

Ainul Mardhiah semakin baik, tidak lagi kritikal – Ibu

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak kesayangan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dilaporkan semakin baik dan tidak lagi kritikal.

Berikut gembira itu dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi dalam status terbaharu Instagramnya semalam, selepas dimaklumkan doktor.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Walaupun begitu, Ainul masih perlu dirawat di unit jagaan rapi, masih diberikan ubat ‘rehat’ dan masih memerlukan sokongan ventilator.

“Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan,” kongsinya.

Sehubungan itu, Nurul Elwani menzahirkan penghargaan kepada seluruh doktor dan jururawat yang merawat dan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang sehingga dapat keluar daripada zon kritikal.

“Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

“Tiada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa but anda semua supaya Allah berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda dan seluruh ahli keluarga.

“Saya juga doakan buat anak-anak lain yang sedang bertarung nyawa, yang sedang berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh, doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran, ganjaran di dunia
dan di akhirat,” katanya.

Di akhir perkongsian, Nurul Erwani bagaimanapun tetap memohon doa orang ramai supaya anaknya sembuh daripad serangan kuman itu tanpa sebarang komplikasi.

Terdahulu, media melaporkan, Ainul Mardhiah yang juga bekas penghidap ketumbuhan dalam mulut pada tahun 2019 yang mendapat liputan meluas sekali lagi diduga apabila dijangkiti kuman dan dilaporkan kritikal dirawat di sebuah hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN