Adakalanya kita merasa keseorangan - Najib - Utusan Malaysia

Adakalanya kita merasa keseorangan – Najib

NAJIB Tun Razak melahirkan luahan hatinya melalui Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita”.

Demikian luahan hati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hantaran terbaharunya di Facebook.

Menjelang 23 Ogos ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku terhadap beliau.

Memandangkan peguamnya tidak mengemukakan sebarang hujahan pada rayuan akhir tersebut, Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan pada hari yang sama (Selasa).

Panel lima hakim yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah juga boleh menangguhkan keputusan rayuan akhir itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain Tengku Maimun, panel lima hakim lain adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Terdahulu dalam hantarannya di Facebook, Najib menambah: “Adakalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Adakalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan”.

Beliau memberitahu perkara itu melibatkan tiga senario iaitu dengan fitnah dan penganiayaan,  dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan dan dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan.

“Adakalanya kita merasa kita, keseorangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN