86 mangsa banjir dipindahkan ke 2 PPS

86 mangsa banjir dipindahkan ke 2 PPS

SEBUAH PPS dibuka di Dewan Kampung Melayu Batu 10 bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 86 orang daripada 29 keluarga di daerah ini yang terjejas akibat banjir kilat semalam dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 43 individu daripada 12 keluarga yang dipindahkan merupakan penduduk Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Mereka dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Melayu Batu 10 yang dibuka sejak pukul 7 malam tadi. 

“Sementara itu, seramai 43 individu daripada 17 keluarga lagi dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK)  Bukit Mutiara yang dibuka sejak 8 malam tadi.

“Mereka yang ditempatkan di PPS terbabit merupakan mangsa banjir kilat dari Kampung Pasir, Kampung Kangkar dan Kampung Kenangan di Tebrau,” demikian menurut kenyataan berkenaan.

Banjir kilat itu berlaku berpunca daripada hujan lebat lebih dua jam mulai pukul 3 petang semalam.

Keadaan tersebut menyebabkan banyak rumah dinaiki air dan pelbagai agensi terlibat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir kilat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN