50,000 rider berkumpul di RXZ Members 4.0

50,000 rider berkumpul di RXZ Members 4.0

PROGRAM RXZ Members 4.0 akan diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hampir 50,000 peserta dari seluruh negara dijangka berkumpul sempena program RXZ Members 4.0  di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, di sini esok.

Penyelaras program, Mohd. Ridzwan Idris berkata, RXZ Members dijangka berlangsung meriah setelah kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menghadiri program itu.

“Pelbagai aktiviti diatur bagi memeriahkan atur cara seperti pertandingan motorsikal tercantik, pertunjukan aksi stunt, ‘Dyno Battle’ dan banyak lagi. Kira-kira 50,000 rider dijangka hadir esok dengan 90 peratus daripadanya adalah penunggang motosikal RXZ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Ridzwan berkata, pihaknya ingin memberi peringatan kepada peserta agar menjaga keselamatan dan mematuhi undang-undang jalan raya sebelum, semasa dan selepas program.

“Motosikal yang ditunggang perlu berada dalam keadaan baik, bukan yang diubah suai serta memiliki cukai jalan yang sah,” ujarnya.

Pihaknya tidak mahu orang ramai menyalahkan penganjuran RXZ Members 4.0 sebagai punca jika berlaku sebaran kejadian tidak diingini sepanjang program berlangsung.

Hujung Jun lalu, tiga nyawa terkorban melibatkan peserta Terengganu Bike Week (TBW) yang dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing setelah selesai program berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya