48 KRT dipilih tubuh pasukan bomba komuniti

48 KRT dipilih tubuh pasukan bomba komuniti

MOHAMMAD Hamdan Wahid  (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 Tahun Peringkat Negeri di Kuala Nerus, Terengganu, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memilih sebanyak 48 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara bagi penubuhan pasukan bomba berkonsepkan komuniti.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pasukan sukarelawan itu berfungsi sebagai pemberi bantuan pertama ketika berlaku bencana seperti kebakaran atau banjir.

Beliau berkata, pasukan bomba yang terdiri daripada ahli komuniti setempat itu diberi latihan, ilmu pengetahuan serta peralatan asas kebombaan.

“Mengambil kira faktor kos, kami mengenal pasti 48 KRT daripada 200 yang disenaraikan. Selain latihan, mereka  diberi pam, hos pemadaman api dan alat perlindungan diri (PPE). Di kawasan berisiko banjir pula, skuad bomba komuniti ini disediakan bot gentian kaca (fibre) dengan enjin kecil untuk urusan pemindahan mangsa ke kawasan lebih selamat.

“Dengan ilmu serta latihan asas, semua ini boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa seseorang sebelum kedatangan pihak berkuasa,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 Tahun peringkat negeri di sini, semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya