Wanita jalani rawatan traditional ditemukan maut

Wanita jalani rawatan traditional ditemukan maut

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas dipercayai menerima rawatan tradisional dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Perdana, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang itu, satu aduan dibuat di Balai Polis Pandan Indah oleh ibu mangsa yang memaklumkan anak perempuannya berusia 41 tahun telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumahnya dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Kata beliau, sebelum ini, mangsa dipercayai kerap pergi ke rumah seorang wanita untuk mendapatkan rawatan traditional sejak seminggu lalu.

“Hasil maklumat diperoleh, pihak polis kemudiannya telah menahan seorang wanita yang bekerja sebagai pengamal perubatan traditional kira-kira pukul 7.20 malam pada hari sama.

“Suspek akan ditahan reman bermula hari ini di Mahkamah Ampang Jaya bagi siasatan lanjut di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya