Wanita baru jadi pengedar dadah kena cekup

Wanita baru jadi pengedar dadah sambut Aidiladha dalam lokap

WANITA berusia 38 tahun yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah di Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat Lumut semalam. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang wanita yang cuba berjinak-jinak dalam pengedaran dadah terpaksa menyambut Aidiladha dalam lokap selepas ditahan di tepi jalan Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, dekat sini tengah malam semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu yang baru tiga bulan menjadi pengedar dadah juga didapati positif dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam saringan awal air kencing.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, wanita itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) bersama anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Manjung pada pukul 12.25 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui satu plastik lutsinar yang berisi 11 paket berisi bahan jenis serbuk disyaki heroin anggaran berat 19.66 gram dan tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu anggaran berat 2.49 gram.

“Semakan lanjut terhadapnya didapati mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita itu direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 14 Julai ini.

Beliau memaklumkan wanita itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan serta Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.