IPOH: Kehadiran penceramah bebas, Datuk Kazim Elias ke program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi di sini hari ini tiada kaitan politik.
yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada kaitan politik.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kehadiran Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim hanya sebagai tetamu biasa sempena jamuan Aidiladha yang diadakan pada program tersebut.
“Kehadiran beliau ke majlis ini tiada ada makna apa-apa, ramai juga ketua-ketua cawangan UMNO, ketua dan ahli parti lain juga hadir seperti daripada Amanah, Pejuang, Warisan malah daripada Putra pun ada.
“Kawan-kawan datang kerana ini adalah kenduri rakyat Aidiladha, kita nak sambut hari raya, kita gembira kerana sudah boleh berkumpul dengan kawan-kawan dan mengadakan jamuan, begitu juga Ustaz Kazim.
“Sebenarnya rumah beliau berhadapan dengan tapak program hari ini, maka beliau hadir sebagai menghormati Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sebagai umat Islam, ini perlu dicontohi apabila ada tetamu mengadakan kenduri, beliau juga turut hadir di sini, ini satu sifat yang perlu dicontohi,” kata pada Kenduri Rakyat AidilAdha PN Perak di Manjoi di sini hari ini.
Program tersebut dihadiri oleh beberapa pemimpin PN Perak termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria.
Mohd. Kazim mempunyai Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi berdekatan tapak program yang diadakan hari ini. – UTUSAN