Tuntutan Sultan Sulu: Najib perlu tanggung akibat, bukan rakyat  - Utusan Malaysia

Tuntutan Sultan Sulu: Najib perlu tanggung akibat, bukan rakyat 

MUHAMMAD Kamil (tiga dari kanan) bersama Mohd. Najwan Halimi (tengah) menunjukkan kenyataan berhubung pendirian mereka yang hendak diserahkan kepada pihak polis di IPD Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa perlu menanggung akibat daripada kecuaiannya ketika mentadbir negara sehingga menyebabkan berlaku tuntutan oleh waris Sultan Sulu.

Justeru, Ahli Parlimen Pekan itu didesak supaya mendedahkan punca beliau menghentikan pembayaran pampasan kepada waris keturunan Sulu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya membuat desakan tersebut kerana tindakan Najib itu menyebabkan kerajaan Malaysia menanggung akibatnya.

“Akibat daripada tindakannya, waris Sultan Sulu membuat tuntutan dari Malaysia dan dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas di luar negara. 

“Oleh demikian, kami membuat laporan polis terhadap tindakan cuai yang dibuatnya,” katanya semasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

Turut tampil membuat laporan polis kemudian adalah Timbalan Ketua Cabang, Shah Alam, Mohd. Najwan Halimi.

Utusan Malaysia sebelum melaporkan gesaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya semua pimpinan dan cabang parti itu membuat laporan polis terhadap Najib berhubung isu terbabit.

Menurutnya Muhammad Kamil, kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6 itu mendedahkan negara kepada tuntutan aset sebanyak RM67.5 bilion. 

Justeru, beliau mendesak Kerajaan Malaysia supaya segera mencari penyelesaian berhubung isu perjanjian Sultan Sulu yang kini turut diperhatikan negara luar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.